27/03/2011

SIAPA CARTA HATI SAYA..????

 
hurmmm....
terlalu bosan petang  nih...
so daripada aku takde buat ape2 kje..
aku pn berangan la utk mndapat kn someone yg aku rase boleh syg aku....

berangan punye berangan,aku terjumpe video nih...
mcm romantik je kn..???
so korang dengar lah yer....


LIRIK CARTA HATI....
hoo---
haaa---
hmmm--

Engkau duduk di situ
Diam tersipu malu
Mahu mendekati aku

Aku mulai resah
Hati ku jadi kebah
Melihat diri mu aku rebah

Tapi hati ini kuat menyatakan
Kau terkini duduk di carta hati
lagu cinta kita bermula
dari mata turun ke jiwa
dari teman menjadi cinta
dan berjanji untuk setia
sehidup semati kita
menjanji kan bahagia
untuk kita berdua selamanya

hmmm----
hoo---
lalala----
hmmm---

jangan engkau jangan pergi
jangan tinggal ku sendiri
jangan tinggal kan carta hati

kau janji kan bahagia
ku janji kau tak terluka
teruslah berada di carta hati kita

lala---
hooo---
lala---
hmmm--


25/03/2011

andai aku tiada

SAHABAT

Andai aku tiada,
Jangan pernah kau tangisi perkara itu,
kerana kau masih ada Allah yang sentiasa menemanimu,
yang sentiasa memeliharamu.

Andai aku tiada,
ku harap kau akan dapat meneruskan hidup ini seperti sediakala,
kuharap kau akan terus terbang dalam menggapai cita-citamu,
mencari segala yang kau impikan dalam hidup ini.

Andai aku tiada,
kuharap secebis ingatanmu masih ada padaku,
ku tidak mengharapkan lebih,
hanya doa kudusmu yang ku harap darimu.

Andai aku tiada,
kau gunakanlah segala ilmu yang pernah aku berikan padamu,
segala nasihat yang pernah kita kongsi bersama,
kuharap ia dapat menerangi hidupmu.

Andai aku tiada,
kuharap kau akan terus menjadi muslimah sejati,
muslimah yang sentiasa berpegang teguh dengan ajaran islam,
yang tidak mudah menyerah kalah dengan nafsu,
yang tidak pernah gentar menyatakan kebenaran,
yang akan menjadi salah seorang kebanggaan agama.

Andai aku tiada,
ku harap kau akan meneruskan perjuangan kita selama ini,
perjuangan untuk melihat islam berada di atas,
ku harap kau akan terus bermujahadah dalam mengejar perkara itu,
teruskan perjuangan itu sahabatku.

17/03/2011

MENCINTAI SESEORANG YG TIDAK SEMPURNA DGN CARA YANG SEMPURNA

Ketika kita bertemu orang yang tepat untuk dicintai,
Ketika kita berada di tempat pada saat yang tepat,
Itulah kesempatan

Ketika kita bertemu dengan seseorang yang membuatkan mu tertarik, Itu bukan pilihan
itu kesempatan.

Bertemu dalam suatu peristiwa bukanlah pilihan ,
Itupun adalah kesempatan .

Bila kita memutuskan untuk mencintai orang tersebut,
Bahkan dengan segala kekurangannya,
Itu bukan kesempatan, itu adalah pilihan.

Ketika kita memilih bersama dengan seseorang walaupun apapun yang terjadi,
Itu adalah pilihan .
Adalah pilihan yang harus kita lakukan.

Bahkan ketika kita menyedari bahawa masih ramai orang lain
Yang lebih menarik, lebih pandai, lebih kaya daripada pasanganmu Dan tetap memilih untuk mencintainya,
Itulah pilihan.

Perasaan cinta, simpati, tertarik,
Datang sebagai kesempatan pada kita.
Tetapi cinta sejati yang abadi adalah pilihan.
Pilihan yang kita lakukan.

Berbicara tentang pasangan jiwa,
Ada satu petikan dari filem yang Mungkin sangat tepat :
“Nasib membawa kita bersama, tetapi tetap bergantung pada kita
bagaimana membuat semuanya berhasil”
Pasangan jiwa boleh benar-benar ada.
Dan  sangat mungkin ada seseorang
Yang diciptakan hanya untukmu.
Tetapi tetap berpulang padamu

Untuk melakukan pilihan apakah engkau ingin
Melakukan sesuatu untuk mendapatkannya, atau tidak,
Kita mungkin kebetulan bertemu pasangan jiwa kita,
Tetapi mencintai dan tetap bersama pasangan jiwa kita,

Kita ada di dunia bukan untuk mencari
seseorang yang sempurna untuk dicintai
TETAPI untuk belajar mencintai orang yang tidak sempurna
dengan cara yang sempurna

“Perempuan itu dinikahi kerana empat perkara, kerana hartanya, keturunannya, kecantikannya, dan kerana agamanya, lalu pilihlah perempuan yang beragama nescaya kamu akan bahagia.” (Muttafaqun ‘Alaihi)

“Apabila kamu sekalian didatangi oleh seseorang yang warak dan akhlaknya kamu redhai maka kawinkanlah dia. Jika kamu sekalian tidak melaksanakannya maka akan terjadi fitnah di muka bumi ini dan tersebarlah kerosakan.” (HR. At Tirmidzi)

17/01/2011

Liku liku kehidupan

                       "I trust that everything happens for a reason, even when we're not wise enough to see it"


p/s-perlukan dlm persahabatan ade keegoan??

org selalu ckap,kejadian atau sesuatu peristiwe akan mematangkan kite...
tp kadang2 aku selalu terfikir boleh ke aku hadapi bnde2 ni sebagai proses pematangan aku...
aku bukan manusia yg kuat,aku memerlukan sokongan drpd seseorg...


 bg aku semua orang ade ego masing2...
tp perlu ke ego tu di tunjukan dlm persahabatan??


tanpa keegoan n sikap saling mnjage hati kawan yg ade
siapa sangke die boleh mnjadi kawan rapat aku??
azyana said-kwn yg bersama aku mengharungi liku2 sebagai degree student & sentiase berada di samping aku waktu susah @senang



hidup berjauhan dengan family & hidup di samping2 kwan2 baru membuatkan kte belajar nilai & erti sebuah persahabatan.....
SAHABAT bg aku adalah insan yg terpenting..
tanpa mereka aku rase down sgt2....
azyana said..sy harap hubungan kite kekal sampai bile2 ok...
sy syang awak sgt2....




p/s-persahabatan adalah kunci sesuatu kebahagiaan...sekiranye kite boleh bersahabat dgn baik..
kita juga akan memperolehi kehidupan yg baik..
:)


07/01/2011

3hb yg lepas dah start semestar ke2 aku..Ni la semestar pertama aku naik kenderaan sendiri...
Aku bersyukur ade kenderaan sendiri walaupun setakat MOTOR..
3hb-Segalanya berjalan dengan lancar.takde ape pn masalah..
4hb-Kad matrik aku tertinggal kat uma..hahaha..
padahal dah smpai kampus tau...!!!!
pergh bengang betul bukak handbag tengok2 kat matrik aku dah takde..
terpakse la aku patah balik rumah utk ambil kad matrik..

5hb-tgh rempit2 ngn shazila tetibe lock u aku jatuh..
hahahha..shazila adalh org yg ketawa paling besa..
bongek ko ler..
 dah aku terpakse berhenti tepi jalan dan kutip lock u..
MALU BEB...!!!!!!!
hahahha

6hb-pagi2 lagi pakcik tiket parking dh datang kutip duit..
tak sempat nk trur moto dh dpt tiket tu..
huh..!!!
balik dpd kampus,tengah menyelit tetibe aku boleh terlnggar cermin kete cine tu..
hahahaha...
BULAT MATE APEX TU..!!!!!!
sori la apex..gua talak sengaja...
hehehe..
malam6hb-aku ngn yana pegi tesco..
ade la traffic light..aku pon tggu la..
tetibe lampu hijau..
dengan cepat aku pecut moto..
tetibe aku brek...!!!!!
korang nk tau knpe???
rupe nye tu lampu utk arah depan..
patutlah moto sebelah aku tak jln..
HAHAHHAHA..!!!!!!!!
dgn malu nye aku terus tutup cover helmet..
conpom kereta belakang gelak kan kebodohan aku...
ARGGGHHHH...!!!!!!!





hari last minggu pertama 7hb-segalanye berjalan lancar..
ALHAMDULLILAH.........


harap2 bnde mcm ni tak terjadi lagi kat minggu kedue pulak..
kalau tak...........
MAMPOS..!!!!!!!!!